NEGARA KAMI LAKSANAKAN IBADAH QURBAN
DAN AQIQAH?

MENGAPA ANDA HARUS MELAKUKAN IBADAH QURBAN & AQIQAH BERSAMA KAMI ?
Qurban Amal merupakan entiti milikan Madrasah Tahfiz Al-Quran At-Tanwiriah bersama Madrasah Syahadah Tahfiz Al- Hidayah yang telah diwujudkan bagi menjalankan aktiviti korban dan aqiqah di negara-negara umat Islam yang terpilih. Juga aktiviti memberi bekalan bantuan air bersih untuk kegunaan masyarakat di Kemboja melalui Wakaf Telaga. Selain itu Qurban Amal juga menawarkan khidmat Badal Haji bagi waris yang berhajat melaksanakan upah haji untuk ahli keluarga yang uzur atau yang telah meninggal dunia.



APA KATA PELANGGAN ?
Kami sentiasa mendengar dan mengambil maklum setiap permintaan pelanggan kami
Cara pengurusan qurban dan aqiqah sangat memudahkan.
Luqman
Dengan berhubung dengan agen-agen yang dilantik , urusan qurban sangat senang dan mendapat sijil secara “online”.
Siti Aisyah
Resit dan sijil di hantar melalui email. sangat mudah dan jimat kertas.
Hisyam
Cantik sijil nya.
Naim
Cepat. Terbaik. Terima kasih sekali lagi.
Farhan
Terima kasih memudahkan urusan qurban saya. Semoga usaha murni tuan diberkati tuhan. amin
Nuraswadi
SIJIL + FREE GIFT
untuk setiap peserta
LANGKAH
PENYERTAAN


Lengkapkan butiran anda dan maklumat sumbangan yang anda ingin sumbangkan.

Anda boleh pilih untuk memberi sumbangan Qurban, Aqiqah atau Wakaf Telaga.

Saluran pembayaran ‘Online’ disediakan (FPX) (Online Banking) dengan akses kepada Bank Tempatan. Untuk bayaran Online Transfer (Manual) dan Cash Deposit sila muat naik gambar bukti pembayaran.

Video dan gambar akan diberikan selepas 3 hari bekerja dari hari persembelihan dan sijil akan diberikan dalam masa 30 hari.
JOM SERTAI KAMI SEKARANG!
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.” – Riwayat al-Hakim –