Qurban

Hukum Qurban adalah sunat mu’akkad.

Syarat-syarat bagi individu yang dituntut melakukan ibadah qurban iaitu:

  1. Islam
  2. Seorang yang merdeka
  3. Baligh dan berakal
  4. Bermukim
  5. Berkemampuan iaitu mempunyai wang untuk berbelanja mendapatkan ternakan qurban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya untuk Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah masa bagi melakukan qurban.

Permasalahan mengenai  qurban buat si mati adalah permasalahn yang dipersilihkan oleh para fuqaha’. Di dalam permasalahan ini, terdapat beberapa pendapat, antaranya:

  1. DIBOLEHKAN untuk melakukan qurban buat si mati dan sampai pahalanya juga untuk si mati. Ini adalah pendapat ahli jumhur ahli ilmu yang merangkumi al-Hanafiyyah, al-Malikiyyah al-Hanabilah dan sebahagian al-Syafi’ieyyah. 
  2. MAKRUH hukumnya melakukan buat qurban buat si mati. Ini adalah pendapat al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan: ” Dimakruhkan bagi seseorang korban buat si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. [Lihat Syarh Mukhtasar al-Khalil, 3/42]
  3. TIDAK BOLEH melakukan qurban buat si mati melainkan ianya telah diwasiatkan oleh si mati sebelum kematiannya. Ini adalah pendapat al-Syafi’ieyyah yang mana al-Imam al-Nawawi Rahimahullah menyebutkan”Dan tidaklah disembelih bagi orang lain melainkan mendapat izin daripadanya dan tidak juga daripada yang mati meainkan ianya diwasiatkan.”[Lihat Minhaj al-Tolibin wa ‘Umdah al-Muftin fi al-Fiqh. Dar al-Fikr, him, 321]

KESIMPULANNYA

Walaupun permasalahan ini menjadi khilaf dikalangan ulama, kami cenderung dengan pendapat yang ketiga iaitu pendapat kebanyakan Syafi’eyyah iaitu mesti adanya wasiat dari si mati untuk melakukan korban buat dirinya.

 

Namun, kami juga tidak menafikan pendapat sebahagian Syafi’eyyah yang berpendapat bahawa tidak memerlukan kepada wasiat. Ini sepertimana yang telah dinukilkan oleh Prof. Dr. Muhammad al-Zuhaili Hafizahullah yang mana menyebutkan: “(dan dikatakan) sah hukumnya sembelihan bagi si mati sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah maka sahlah juga bagi si mati dan ianya memberi manfaat buatnya”. [Lihat al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e. Dar al-Qalam, 2/490]

Setiap amalan yang dilakukan itu diberi ganjaran mengikut apa yang diusahakan. Ini kerana pada asal ibadah, tidak boleh dilakukan oleh orang lain, melainkan terdapat dalil yang membolehkannya. Ini sepertimana Firman Allah SWT:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

MaksudnyaDan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (Surah al-Najm, 39)

Begitu juga Firman Allah SWT:

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

MaksudnyaIa mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Surah al-Baqarah, 286)

Dalam hal ini, Dr. Wahbah Zuhaili menyatakan di dalam kitabnya: “Mengikut pandangan ulama’ Syafi’e, tidak boleh melakukan ibadah qurban selain daripada mendapat keizinannya. Begitu juga, ke atas orang yang meninggal dunia tidak boleh melainkan sekiranya diwasiat maka diharuskan”. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/2743)

Imam Nawawi di dalam menyentuh hal ini menyatakan: “Sekiranya seseorang itu melakukan ibadah qurban ke atas orang lain tanpa keizinan daripadanya, maka tidak terlaksana ibadah qurban ke atasnya”. (Lihat: al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 8/406)

Selain itu, Dr. Muhammad Zuhaili menyatakan di dalam mu’tamadnya: “Bahawa tidak sah melakukan ibada qurban ke atas seseorang yang hidup melainkan mendapat keizinan daripadanya. Ini kerana ibadat secara asalnya tidak boleh dilakukan oleh orang lain melainkan di datangkan dengan dalil. Terutamanya apabila tidak mendapat keizinannya. Akan tetapi sekiranya seseorang daripada isi rumah itu melakukan qurban maka tertunai sunat kifayah ke atas keluarga yang lain walaupun mereka tidak mengetahuinya”. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Stafi’e, 490)

 

KESIMPULAN

Berbalik kepada persoalan dan nas yang diberikan, dapat disimpulkan kepada dua keadaan:

  • Sekiranya diwasiatkan untuk melakukan ibadah korban, maka dibenarkan
  • Namun sekiranya tidak mewasiatkannya maka tidak dibenarkkan untuk melakukannya. Ini kerana korban merupakan ibadah. Dan ibadah pada asalnya tidak dilakukan oleh orang lain melainkan dengan dalil membenarnya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 2/490)
  • Sebaiknya melakukan ibadah korban di atas dirinya sendiri dan iringi dengan niat untuk disedekahkan pahala kepada ibunya. Ini seperti yang dilakukan Baginda SAW. Hadis yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RAnha bahawa Baginda SAW menyebut ketika melakukan sembelihannya:

بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada aali (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad.

Riwayat Muslim (1967)

Tidak dinafikan buat di dalam negara adalah lebih afdal dan ada kami buat di dalam negara. Sekiranya tuan mampu untuk lakukan di dalam negara digalakkan buat dalam negara.

Ada yang nak buat ibadah qurban tapi tak mampu atas sebab kos, masa dan keadaan. Kos di dalam negara berbeza dengan kos di luar negara. Namun, ini adalah alternatif kami untuk mereka yang nak buat qurban/aqiqah juga tapi tidak mempunyai bajet yang tinggi.

Ada juga setengah pihak yang buat qurban di dalam negara tetapi terpaksa bawa balik daging qurban kerana tak ramai asnaf.

Kesimpulan, pilihan untuk buat di dalam negara atau luar adalah pilihan dan pendapat masing-masing jadi kami tidak menghalang mana-mana pihak untuk buat mengikut keperluan dan kemampuan.

Kami ada menyediakan pelan bulanan Qurban di dalam Negara dan Luar Negara

Pelan Qurban di dalam Negara (Malaysia)

Pelan Bulanan Qurban di Luar Negara

 

Tarikh akhir InshaAllah 2 hari sebelum melakukan qurban. Cuma pihak Qurban Amal sangat-sangat galakkan pada Puan/Tuan yang berhajat melaksanakan Qurban segera berdaftar supaya:

1. Melancarkan perlaksanaan akad di atas talian
2. Mudahkan penghantaran sijil
3. Dan cepatkan aturan pengagihan kepada 5 buah negara yang akan dilaksanakan.

Aqiqah

Hukum Aqiqah adalah sunat mu’akkad.

Syarat untuk melaksanakan aqiqah adalah kadar aqiqah bagi anak berbeza mengikut jantina. Jika anak itu dilahirkan sebagai lelaki, disunatkan menyembelih dua ekor kambing dan perempuan pula, seekor kambing.

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud:

Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.

Riwayat Abu Daud (2842)

Boleh dilakukan sekiranya mempunyai kekangan masa asalkan dilakukan sebelum anak tersebut mencecah usia baligh. 

Selepas baligh, gugurlah tuntutan untuk membuat aqiqah dari ayah dan berpindah kepada anaknya itu sendiri.

Ulamak yang berbeza mazhab bersepakat mengatakan waktu melaksanakan aqiqah adalah afdhal pada hari ketujuh kelahiran anak tetapi berbeza pendapat tentang melewatkan aqiqah.

Secara rumusnya ini merupakan had waktu yang diberikan berbeza mengikut mazhab.

Para ulama’ ada berbeza pendapat berkenaannya.

Pendapat Pertama: Jika mati seorang anak sebelum hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan ibadah aqiqah ke atasnya sepertimana disunatkan ke atas orang yang hidup. Ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab Syafi’i.

Pendapat Kedua: Tidak disunatkan aqiqah ke atasnya. Ini merupakan pendapat Hasan al-Basri dan juga Imam Malik. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 8/448]

Namun, jika si anak meninggal selepas hari ke-7 kelahirannya dan setelah berkemampuan, maka di sini ada dua pendapat sepertimana yang dikatakan oleh Imam al-Rafi’ie. Pendapat pertama ialah disunatkan untuk aqiqah ke atasnya. Dan ini merupakan pendapat yang rajih. Pendapat yang kedua pula ialah ia gugur bersama-sama kematiannya. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 8/432].

Perihal Janin

Kami lampirkan bersama pendapat ulama’ berkenaan jika janin yang meninggal dunia atau gugur, maka adakah disunatkan juga untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya atau tidak disunatkan. Dalam hal ini kami memetik kata-kata Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya:

بأن العقيقة إنما تسن عن سقط نفخت فيه الروح، وأما ما لم تنفخ فيه الروح فهو جماد لا يبعث ولا ينتفع به في الآخرة، فلا تسن له عقيقة، بخلاف ما نفخت فيه فإنه حي يبعث في الآخرة، وينتفع بشفاعته، وقد قال جماعة من السلف: من لم يعق عن ولده لا يشفع له يوم القيامة، فأفهمَ ما ذَكَرتُه من أن العقيقة تابعة للولد الذي يشفع، وهو من نفخت فيه الروح، فكذلك يقيد ندبها بمن نفخت فيه الروح، والله سبحانه وتعالى أعلم.

Maksudnya: Sesungguhnya aqiqah disunatkan ke atas janin yang gugur setelah ditiupkan roh pada dirinya. Dan jika belum ataupun tidak ditiupkan roh padanya maka ia merupakan objek yang tidak akan dibangkitkan dan tiada manfaat daripadanya pada Hari Akhirat kelak, maka tidak disunatkan ke atasnya aqiqah. Ini berbeza dengan janin yang telah ditiupkan roh ke atasnya maka sesungguhnya dia telah hidup dan bakal dibangkitkan di Akhirat kelak, dan bermanfaat dengan syafaatnya. Telah berkata sebahagian ulama’ terdahulu: Barangsiapa yang tidak melakukan aqiqah ke atas anaknya maka tiada syafaat baginya (dari anaknya) pada hari Kiamat. Maka difahami daripada kalam mereka bahawasanya pelaksanaan aqiqah mengikut kepada anak yang boleh memberi syafaat, yakni anak yang telah ditiupkan roh ke atasnya, begitu juga terikat padanya hukum sunat. [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra; 4/257]

Berdasarkan kalam ini, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah ada mengeluarkan pendapat mereka iaitu jika umur janin ialah empat bulan atau lebih maka disunatkan aqiqah ke atasnya disebabkan telah ditiupkan roh ke atasnya. Adapun jika ia tidak melebihi tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan untuk melaksanakan aqiqah ke atasnya kerana ia mengambil hukum objek. Perkara ini dikuatkan lagi dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Fatawa al-Lajnah al-Da’imah; 8/407].

Di sini, terdapat juga sebuah kata-kata dari Imam Ahmad bin Hanbal dalam persoalan ini bahawasanya: “ia (aqiqah) dalam bab syafa’at”. Dimaksudkan dengan itu ialah jika tidak dilaksanakan aqiqah ke atasnya, kemudian meninggal anak tersebut, maka tidaklah dia memberi syafaat kepada ibu bapanya.[Lihat: Fath al-Bari li Ibn Hajar; 9/594]

KESIMPULANNYA

Berdasarkan kepada penerangan di atas, dapatlah disimpulkan jawapan kepada beberapa noktah seperti berikut:

  1. Jika janin gugur setelah tempoh empat bulan atau lebih, maka disunatkan aqiqah ke atasnya.
  2. Jika janin gugur sebelum cukup tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan aqiqah ke atasnya, kerana ia diibaratkan sebagai objek.
  3. Jika seorang anak dilahirkan kemudian meninggal dunia sebelum sampai hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya mengikut pendapat yang rajih di antara empat mazhab.
  4. Jika seorang anak yang dilahirkan kemudian meninggal dunia setelah berlalunya tempoh tujuh hari dari tarikh kelahirannya dan setelah dia (ibu bapa) berkemampuan ke atasnya (melaksanakan aqiqah), maka tetap disunatkan juga untuk aqiqah ke atasnya berdasarkan kepada pendapat yang paling shahih dalam mazhab.

Pelan Qurban di dalam Negara (Malaysia)

Pelan Bulanan Aqiqah di Luar Negara

 

Pihak Qurban Amal sangat-sangat galakkan pada Puan/Tuan yang berhajat melaksanakan Qurban/Aqiqah segera berdaftar supaya:

1. Melancarkan perlaksanaan akad di atas talian
2. Mudahkan penghantaran sijil
3. Dan cepatkan aturan pengagihan kepada 5 buah negara yang akan dilaksanakan.

Wakaf Telaga

Lebih kurang sebulan, Insya-Allah.

Kami akan teruskan program ini selagi mana ada keperluan dari sana.

Setakat ini, 1 telaga berkongsi 3-4 keluarga.

Semua telaga yang diwakafkan akan dibina di perkampungan muslim di Kemboja dan Bangladesh (Rohingya)

– Telaga Manual
– Telaga Bermotor
– Telaga Besar

Terpulang kepada penyumbang.

Nama tu untuk saudara kita di sana doakan. Insya-Allah.

Bina 400 lot yang ditawarkan akan menyukarkan proses untuk meletakkan nama.

Telaga akan diproses apabila semua lot yang diperuntukkan mencukupi.

Telaga Manual dan Motor : 4 Lot
Telaga Besar : 400 Lot

InsyaAllah kami akan kongsikan gambar dan video semasa pembinaan dan setelah selesai pembinaan di FB Page kami.